Monday, March 11, 2024

Ramadan 1445h / 2024

 


Salam ramadan untuk semua. 

    Alhamdulillah dapat bertemu Ramadan lagi pada tahun ini. Bersyukur kepada Allah. Semoga Ramadan kali ini menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Perbanyakkan doa untuk semua yang masih hidup dan juga yang tidak dapat lagi bertemu Ramadan tahun ini. 

Semoga kita terus perbaiki dir, perbaharui hati. InsyaAllah.. Aamiin ~~~

Saturday, January 20, 2024




Alhamdulillah... New year, new beginning

We just made new and OFFICIAL Facebook Page..




Please LIKE, FOLLOW & SHARE....

New updates will come soon... 
there are tons of articles, master pieces created by our amazing JCNTGA members...

Please anticipate... 

😍😍😍
----------------------------------------------------

Alhamdulillah.. tahun baru, langkah baru


Facebook Page JCNTGA yang rasmi telahpun dibuat.. 
Mohon  "LIKE, FOLLOW & SHARE"..


Pelbagai informasi, artikel-artikel yang menarik bakal dikongsikan hasil karya ahli-ahli JCNTGA...


Nantikan!!!


Thank you... Terima kasih... κ°μ‚¬ν•©λ‹ˆλ‹€...


Sunday, December 3, 2023

AS SALAM...




2024 is coming.. 

Let's hope for better world, health and wealth. 

All the best to all...

InsyaAllah Aamiin...


μƒˆν•΄λŠ” 28일쯀 올 κ²λ‹ˆλ‹€.
λͺ¨λ‘ μ—΄μ‹¬νžˆν•©μ‹œλ‹€.
아프지말고, ν•œμƒ 건강 ν•˜μ„Έμš”. 

ν™”μ΄νŒ…!!! 


Buletin JCNTGA

 


Wednesday, February 13, 2013

GARIS PANDUAN BAGI PERMOHONAN PEMBAHARUAN LESEN PEMANDU PELANCONG BANDAR/ALAM SEMULAJADI SETEMPAT

Semua pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:-

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui www.spip.gov.my dan mengemukakan salinan dokumen sokongan ke Ibu Pejabat ataupun Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri yang berdekatan. Permohonan perlu dikemukakan dalam tempoh tidak lebih 60 hari sebelum tamat lesen.
  2. Pemandu pelancong bandar yang berstatus percubaan (P) WAJIB mengikuti Kursus Pengesahan Pemandu Pelancong SETELAH genap 2 tahun dan TIDAK MELEBIHI 3 tahun dilesenkan untuk tujuan pertukaran kepada lesen pemandu pelancong tetap.
  3. Pemandu Pelancong Bandar perlu menghadiri sekurang-kurangnya TIGA (3) kursus Continuing Tourism Related Education (CTRE) dikendalikan oleh Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.
  4. Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Setempat perlu menghadiri sekurang-kurangnya DUA (2) kursus CTRE yang dikendalikan oleh ILP yang diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.
  5. Pemandu Pelancong WAJIB mengembalikan kad pemberian kuasa seperti berikut:-
  • Semasa mengambil kad kuasa baru; ataupun
  • Dalam tempoh empatbelas (14) hari dari tarikh tamat tempoh sahlaku lesen.
    6.   Tempoh lesen diperbaharui adalah 1-3 tahun.
    7.    Dokumen-dokumen yang perlu disertakan semesa mengemukakan permohonan:-
  • Satu (1) keping gambar berukuran pasport yang terkini
  • Tiga (3) Sijil CTRE untuk pembaharuan 1 tahun atau enam (6) Sijil CTRE bagi pembaharuan 2 tahun (pemandu pelancong bandar).
  • Dua (2) Sijil CTRE untuk pembaharuan 1 tahun atau empat (4) Sijil CTRE bagi pembaharuan 2 tahun (pemandu pelancong alam semulajadi setempat).
*NOTA:
  1. Sijil CTRE yang dikemukan adalah yang terkini atau tidak melebihi tempoh satu (1) tahun daripada tahun semasa, dan
  2. Sijil CTRE yang dikemukan hendaklah mempunya tajuk dan kod yang berbeza dan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pelancongan Malaysia.
  •  Satu (1) salinan resit bayaran keahlian Persatuan Pemandu Pelancong yang berkenaan.
  • Fi proses sebanyak RM 5.00 hendaklah dibuat dalam bentuk bank draf/ kiriman wang/ wang pos diatas nama Persuruhjaya Pelancongan.
  • Mengemukakan sekurang-kurangnya dua puluh (20) tugasan pemanduan yang telah dijalankan dalam tempoh sahlaku lesen dan disahkan oleh Syarikat Pengendalian Pelancongan Berlesen atau Persatuan Pemandu Pelancong yang diiktiraf.
    8.   Fi lesen sebanyak RM 50.00 untuk satu (1) tahun hendaklah dibuat dalam bentuk bank draf/            kiriman wang/ wang pos di atas nama Persuruhjaya Pelancongan.

*NOTA:
  • Semua bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk bank draf/ kiriman wang/ wang pos diatas nama Persuruhjaya Pelancongan, Kementerian Pelancongan Malaysia.
  • Nama pemohon, nombor kad pengenalan dan nombor rujukan fail Kementerian ini (jika ada) hendaklah ditulis dengan terang dan jelas dibelakang bank draf/ kiriman wang/ wang pos berkenaan.
  • KPL boleh mengubah atau meminda garis panduan ini dari semasa ke semasa bagi tujuan menambahbaikkan dan kelancaran proses pembaharuan lesen.

Sunday, December 16, 2012

Salam Pengenalan

JCNTGA

Persatuan Pemandu Pelancong Bandar Dan AlamSemulajadi Johor

 (Johor City And Nature Tourist Guide Association)

Salam Mesra dan Salam 1 Malaysia
Tujuan blog ini dicipta adalah untuk memudahkan setiap ahli persatuan dan sesiapa yang ingin mengetahui dan mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh persatuan. Blog ini akan memberikan pengenalan persatuan, aktiviti-aktiviti, tugasan-tugasan serta beberapa maklumat yang dirasakan berguna untuk semua pemandu pelancong bandar dan alamsemulajadi di Malaysia umumnya dan di negeri Johor khususnya.

 

PENGENALAN

JCNTGA merupakan sebuah persatuan berdaftar khas untuk Pemandu Pelancong Bandar dan AlamSemulajadi. Persatuan ini telah didaftarkan sebagai suatu pertubuhan dibawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 pada 26hb Januari 2012. Nombor pendaftaran JCNTGA ialah PPM-042-01-26012012.
Alamat berdaftar Persatuan ialah No. 01-04, Blok F, Jalan Molek 3/19, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor.

TUJUAN DAN MATLAMAT

Persatuan ini ditubuhkan diatas beberapa tujuan dan matlamat. Antaranya,
1.       Menyatu padukan, menjaga kebajikan am dan memberi motivasi kepada ahli-ahli dari pelbagai 
        peringkat, bangsa, kaum dan agama.
2.       Mengukuhkan perpaduan dan persefahaman dikalangan ahli-ahli melalui aktiviti sihat yang   
        sesuai.
3.       Menyediakan latihan khususnya kepada ahli-ahli baru sebagai persediaan sebelum 
        menjalankan tugas.
4.       Menganjurkan dan mengadakan kursus yang berkaitan seperti CTRE dan kursus lain yang 
        bersesuaian kepada ahli.
5.       Bekerjasama dengan kerajaan, agensi dan pertubuhan berdaftar lain yang   mempunyai tujuan yang sama untuk mencapai matlamat persatuan.

KEAHLIAN

Persatuan ini mengalu-alukan kemasukan ahli-ahli baru yang berkelayakan dan berminat dibawah beberapa syarat dan peraturan.
1.       Keahlian Persatuan adalah terbuka kepada semuawarga Negara Malaysia berumur 18 tahun   
        keatas yang memiliki lesen pemandu pelancong yang sah serta bermastautin didalam 
        Negeri Johor.
2.       AHLI BERSEKUTU terbuka kepada mereka yang memenuhi keahlian ahli biasa tetapi menetap 
        diluar daripada Negeri Johor. Ahli Bersekutu tidak boleh mengundi dan memegang jawatan 
        dalam persatuan.
3.       Setiap permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat melalui borang yang disediakan oleh 
        persatuan, dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang 
        dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan mengikut budi  bicaranya menolak 
        sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
4.       Setiap pemohon yang pemohonannya telah diluluskan hendaklah membayar yuran keahlian.


BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

Bayaran dan yuran tahunan bagi Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu adalah:
1.       Bayaran masuk: RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh) sahaja.
2.       Yuran:
(a)    Yuran Tahunan: RM70.00 (Ringgit Malaysia TujuhPuluh) sahaja.
(b)   Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada bendahari terlebih dahulu sebelum hujung bulan febuari setiap tahun.
(c)    Ahli yang membiarkan tunggakan yurannya lebih daripada 2 (dua) tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga tunggakan telah dijelaskan.
(d)   Ahli yang membiarkan tunggakan sehingga lebih dari jumlah yuran bagi 3 (tiga) tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli persatuan dan jawatankuasa boleh memutuskan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutang tunggakannya terlebih dahulu.
(e)   Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan tunggakkan hutangahli lama.
(f)     Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Mesyuarat Agung. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.

JAWATANKUASA

Lantikan 2023-2025
Pengerusi: Tuan Sheikh Abdullah BIn Md Taufek
Tim. Pengerusi : En. Fairos Bin Md Said
Setiausaha: En. Nur Khairiyah Binti Saadon
Penolong Setiausaha: En. Ajmal Ahmad Bin Shahrom
Bendahari: En. Abd. Halim Bin Ahmadhu Kutty
Ahli Jawatankuasa:
1.       En. Nevismary a/p Gabriel
2.       En Ho Siew Ng 
3.       En. Lui Neo Siok 
4.       En. Radhiah Binti Esa 
5.       En. Nor Faizah Binti Mohd Hatta
6.       En. Karthik a/l Karupiah