![]() |
JCNTGAPersatuan Pemandu Pelancong Bandar Dan AlamSemulajadi Johor(Johor City And Nature Tourist Guide Association) |
Salam Mesra dan Salam 1 Malaysia
Tujuan blog ini dicipta adalah untuk memudahkan setiap ahli persatuan dan sesiapa yang ingin mengetahui dan mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh persatuan. Blog ini akan memberikan pengenalan persatuan, aktiviti-aktiviti, tugasan-tugasan serta beberapa maklumat yang dirasakan berguna untuk semua pemandu pelancong bandar dan alamsemulajadi di Malaysia umumnya dan di negeri Johor khususnya.
PENGENALAN
JCNTGA merupakan sebuah persatuan berdaftar khas untuk Pemandu Pelancong Bandar dan AlamSemulajadi. Persatuan ini telah didaftarkan sebagai suatu pertubuhan dibawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 pada 26hb Januari 2012. Nombor pendaftaran JCNTGA ialah PPM-042-01-26012012.
Alamat berdaftar Persatuan ialah No. 01-04, Blok F, Jalan Molek 3/19, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor.
TUJUAN DAN MATLAMAT
Persatuan ini ditubuhkan diatas beberapa tujuan dan matlamat. Antaranya,
1. Menyatu padukan, menjaga kebajikan am dan memberi motivasi kepada ahli-ahli dari pelbagai
peringkat, bangsa, kaum dan agama.
2. Mengukuhkan perpaduan dan persefahaman dikalangan ahli-ahli melalui aktiviti sihat yang
sesuai.
3. Menyediakan latihan khususnya kepada ahli-ahli baru sebagai persediaan sebelum
menjalankan tugas.
4. Menganjurkan dan mengadakan kursus yang berkaitan seperti CTRE dan kursus lain yang
bersesuaian kepada ahli.
5. Bekerjasama dengan kerajaan, agensi dan pertubuhan berdaftar lain yang mempunyai tujuan yang sama untuk mencapai matlamat persatuan.
KEAHLIAN
Persatuan ini mengalu-alukan kemasukan ahli-ahli baru yang berkelayakan dan berminat dibawah beberapa syarat dan peraturan.
1. Keahlian Persatuan adalah terbuka kepada semuawarga Negara Malaysia berumur 18 tahun
keatas yang memiliki lesen pemandu pelancong yang sah serta bermastautin didalam
Negeri Johor.
2. AHLI BERSEKUTU terbuka kepada mereka yang memenuhi keahlian ahli biasa tetapi menetap
diluar daripada Negeri Johor. Ahli Bersekutu tidak boleh mengundi dan memegang jawatan
dalam persatuan.
3. Setiap permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat melalui borang yang disediakan oleh
persatuan, dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang
dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan mengikut budi bicaranya menolak
sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.
4. Setiap pemohon yang pemohonannya telah diluluskan hendaklah membayar yuran keahlian.
BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN
Bayaran dan yuran tahunan bagi Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu adalah:
1. Bayaran masuk: RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh) sahaja.
2. Yuran:
(a) Yuran Tahunan: RM70.00 (Ringgit Malaysia TujuhPuluh) sahaja.
(b) Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada bendahari terlebih dahulu sebelum hujung bulan febuari setiap tahun.
(c) Ahli yang membiarkan tunggakan yurannya lebih daripada 2 (dua) tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga tunggakan telah dijelaskan.
(d) Ahli yang membiarkan tunggakan sehingga lebih dari jumlah yuran bagi 3 (tiga) tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli persatuan dan jawatankuasa boleh memutuskan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutang tunggakannya terlebih dahulu.
(e) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan tunggakkan hutangahli lama.
(f) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Mesyuarat Agung. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.
JAWATANKUASA
Lantikan 2023-2025
Pengerusi: Tuan Sheikh Abdullah BIn Md Taufek
Tim. Pengerusi : En. Fairos Bin Md Said
Setiausaha: En. Nur Khairiyah Binti Saadon
Penolong Setiausaha: En. Ajmal Ahmad Bin Shahrom
Bendahari: En. Abd. Halim Bin Ahmadhu Kutty
Ahli Jawatankuasa:
1. En. Nevismary a/p Gabriel
2. En Ho Siew Ng
3. En. Lui Neo Siok
4. En. Radhiah Binti Esa
5. En. Nor Faizah Binti Mohd Hatta
6. En. Karthik a/l Karupiah