Wednesday, February 13, 2013

GARIS PANDUAN BAGI PERMOHONAN PEMBAHARUAN LESEN PEMANDU PELANCONG BANDAR/ALAM SEMULAJADI SETEMPAT

Semua pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:-

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui www.spip.gov.my dan mengemukakan salinan dokumen sokongan ke Ibu Pejabat ataupun Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri yang berdekatan. Permohonan perlu dikemukakan dalam tempoh tidak lebih 60 hari sebelum tamat lesen.
  2. Pemandu pelancong bandar yang berstatus percubaan (P) WAJIB mengikuti Kursus Pengesahan Pemandu Pelancong SETELAH genap 2 tahun dan TIDAK MELEBIHI 3 tahun dilesenkan untuk tujuan pertukaran kepada lesen pemandu pelancong tetap.
  3. Pemandu Pelancong Bandar perlu menghadiri sekurang-kurangnya TIGA (3) kursus Continuing Tourism Related Education (CTRE) dikendalikan oleh Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.
  4. Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Setempat perlu menghadiri sekurang-kurangnya DUA (2) kursus CTRE yang dikendalikan oleh ILP yang diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.
  5. Pemandu Pelancong WAJIB mengembalikan kad pemberian kuasa seperti berikut:-
  • Semasa mengambil kad kuasa baru; ataupun
  • Dalam tempoh empatbelas (14) hari dari tarikh tamat tempoh sahlaku lesen.
    6.   Tempoh lesen diperbaharui adalah 1-3 tahun.
    7.    Dokumen-dokumen yang perlu disertakan semesa mengemukakan permohonan:-
  • Satu (1) keping gambar berukuran pasport yang terkini
  • Tiga (3) Sijil CTRE untuk pembaharuan 1 tahun atau enam (6) Sijil CTRE bagi pembaharuan 2 tahun (pemandu pelancong bandar).
  • Dua (2) Sijil CTRE untuk pembaharuan 1 tahun atau empat (4) Sijil CTRE bagi pembaharuan 2 tahun (pemandu pelancong alam semulajadi setempat).
*NOTA:
  1. Sijil CTRE yang dikemukan adalah yang terkini atau tidak melebihi tempoh satu (1) tahun daripada tahun semasa, dan
  2. Sijil CTRE yang dikemukan hendaklah mempunya tajuk dan kod yang berbeza dan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pelancongan Malaysia.
  •  Satu (1) salinan resit bayaran keahlian Persatuan Pemandu Pelancong yang berkenaan.
  • Fi proses sebanyak RM 5.00 hendaklah dibuat dalam bentuk bank draf/ kiriman wang/ wang pos diatas nama Persuruhjaya Pelancongan.
  • Mengemukakan sekurang-kurangnya dua puluh (20) tugasan pemanduan yang telah dijalankan dalam tempoh sahlaku lesen dan disahkan oleh Syarikat Pengendalian Pelancongan Berlesen atau Persatuan Pemandu Pelancong yang diiktiraf.
    8.   Fi lesen sebanyak RM 50.00 untuk satu (1) tahun hendaklah dibuat dalam bentuk bank draf/            kiriman wang/ wang pos di atas nama Persuruhjaya Pelancongan.

*NOTA:
  • Semua bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk bank draf/ kiriman wang/ wang pos diatas nama Persuruhjaya Pelancongan, Kementerian Pelancongan Malaysia.
  • Nama pemohon, nombor kad pengenalan dan nombor rujukan fail Kementerian ini (jika ada) hendaklah ditulis dengan terang dan jelas dibelakang bank draf/ kiriman wang/ wang pos berkenaan.
  • KPL boleh mengubah atau meminda garis panduan ini dari semasa ke semasa bagi tujuan menambahbaikkan dan kelancaran proses pembaharuan lesen.